Back as a student :)

Jangan nak beraya sangat lah kan. Raya je lebih tapi assigment tak siap. Tu lah keje aku. Last minute baru nak buat. Then mengadu lah mate bengkak lah apelah. Semalam bertolak balik bukan main awal ye. Eleh jeles lettew. Biar lah kan. Bosan duduk rumah. Siap dok ambil gambar lah kan sebelum balik. Sebenarnya nak tunjukkan aku dah kurus. Hishh kurus ke? Boleh lah kan. Jangan jadi dugong sudah. Heee.


See kurus kan.Perut aku dah tak buncit sangat. Time bulan puasa nafsu makan mengalahkan orang Somalia tak cukup makan. Ape yang ada kat bazar , semua nak rembat lah kan. Bulan tak puasa ni , malas nak makan pulak. Tah pape. Pelik rasenye. 

Malam tadi buat assignment sampai pukul 5.30 pagi. Padan lah dengan muka kau. Sape suruh tak siapkan awal-awal. Rasakan bahana tersebut. Bangun nak pergi kelas pukul 7.40. Kelas pukul 8. Hah terkejr-kejar. Nasib baik lah kawan aku sanggup tunggu walaupun aku agak kelewatan. 



Jumpa classmate bergosip macam-macam. Laki perempuan sama je. Nampak perubahan masing-masing lepas cuti ni. Bagus-bagus. Hari ni gelak puas-puas. Ambil gambar classmate yang tak berapa nak matang ye. Hishhh.


Hari ni purple lah pulak. Hee. Sebelah ni Diba. Kami malas nak buat keje. Karang kalau lecturer tanye progress baru lah tarik kertas tanya member macam mane nak buat. Heee. Nampak pemalasnya kan. 




Meja bersepah. Bukan aku yang sepahkan. Budak ni tak tahu menghargai kekemasan meja aku. Mentang-mentang lah meja aku bergoyang-goyang. Kalau padam lukisan , bunyi meja boleh mengalahkan cengkerik di waktu malam. Bayangkan. HAHAHA




Budak 3 orang ni aku tak tau lah kenapa. Macam orang tak betul. Dah tu mesti nanti buat kerja merepek-merepek. Yang ni konon nak jadi nerd sangat lah. Eeeeuuuwww muka korang dah macam budak yang tak berapa nak nerd sangat. Sikat ke tepi , butang baju sampai ke ats. Then suruh aku snap. Hah nasib baik lah keje aku dah siap time tuh. Boleh lah aku mengarut sama-sama.


Hari ni kiteorang rasa macamduduk kat kindergarten dah. Mari belajar mewarna. Satu sketch book , menyibuk ramai-ramai. Pedulik hape. Afiq punye sketch book kan.Untunglah sketch book ko penuh dengan karya-karya kiteorang ni. Sketch book kiteorang juga yang takkan penuh-penuh.

Letih dah . Hari ni aku rasa panjang pulak entry aku. Jumpa kawan macam dah tak ingat dunia. Huahuahuahua masing-masing. Masing-masing mengeluh bila dengar harga barang naik. Dari RM359 jadi RM 379. Tapi aku tak lah. Excited nak dapat colour yang beratus-ratus tu. K lah sambung buat assignment . Bubye

2 comments:

  1. lupe letak . heee saje tak nak letak sebenarny. nnti sy letak balik . thanks

    ReplyDelete