Meet sana sini

Assalamualaikum
Hari demi hari demam aku macam bukan makin elok je. Demmit! Tak suka nak srott sana srott sini hingus hijau yang meleleh ni. Okay sumpah aku tulis aku pun geli. HAHA. Nampak macam okay je padahal aku tengah melepet atas katil dari malam tadi. Menggigil kesejukan malam tadi dengan pakai stoking , baju berlapis lapis and aku rasa macam orang dalam pantang je. Okay aku muntah muntah semalam depan pintu toilet. Tak sempat nak masuk dah. Terpaksa jadi makcik cleaner cuci toilet kejap. -,-

Hey hey nama saya NUR AIMI NAJWA BINTI MAT ARIF SHAH. Saya anak jati pahang dan sayalah..........SAYA ANAK MALAYSIA.


Okay gambor ni ade di fb aku. Tapi kat fb black and white. Sila like reramai. Ini pemaksaan. Siapa tak like aku sula sorang sorang. Zionis dah datang ni. Booo!! Takde sape nak dengar cakap kau amy oii. Buat malu je. Kisah lah hai .

Hmm hmmm . Sungguh bosan duduk kat PD yang ape pun tak de ni. Lantak la memasing nak pergi lepak pantai dengan boyfriend then tanggal tudung pegang tangan boyfriend. Then pergi lepak polymall , lepas makan pergi karok. Aku dah malas. Dulu aku lah yang paling  excited ajak member pergi PD tapi sekarang pandang laut pun aku malas.

Nyampah pulak aku semua heboh nak beli tiket tengok final. Lantak la dia nak naik ke apa ke. Kalau nak murah tengok je depan tv , stadium astro kan ada. Beyond pun ada. Tak payah susah susah nak menyelit dengan orang ramai. Tengok depan tv lagi cool . Kau nak kentut , nak korek hidung , korek jubu. Okay aku melukas di sini. Persetankan. 

Saya ada banyak janji temu ni. Poyo je. Ramai rindukan saya ni susah ni. HAHA. 


Okay ini sayang saya. Nama dia Aishah.Dia duduk KL. Even dia yang add aku kat fb and aku ni gila peramah kalau orang tegur aku. Ofcourse lah. Aku bukan jenis budak hotstuff yang bajet eh saya tak layan awak la. Do i care?
Okay dia dah SUPERMAN. Untunglah yang oii. Dia ajak saya turun kl tapi entah lah bila nak turunnya. Saya nak naik train je tak nak turun turun ni. Lastly dia ajak pergi TS. Okay sapa nak pergi? Aku belanja korang main kat Cosmo's World tu. Aku takut nak naik situ. Ade orang mati pulak naik bende jadah haram tu. Uuuu. Tidak !! HAHA



Ini pula darling monchet gua. Sape berani sakitkan hati dia gua pailang dia. Ini Najwa Amani. Dia tinggal kat Senawang. Camne aku kenal dengan dia agak kelakar. Kalau aku cerita balik dengan dia , sumpah nak tergelak. Kawan dah lama , even jumpa dia baru sekali. Sebab memanjang aku ni busy. Mengalahkan Rosmah Mansor je kan. BHAHAHA. 
Aku ingat nak jumpa dia Sabtu ni tapi kan kan rasa baiklah masa raya haji aku pergi datang beraya nanti kan kan. Miss u darling.

Okay aku tak tahu kenapa aku buat entry banyak pasal rindu. Sebenarnya aku rindu nak makan macam macam ni. Lapar lah. HAHA. Siaplah nanti aku balik , aku akan buat abah jadi pokai. Nak tu bah. Abah , kalong ambil yang ni ea. Abah tolong bayarkan ye. AHAHA. Untung dapat jadi anak perempuan sorang ni , ape mintak semua dapat. Ngeh ngeh.

Kepada adinda adindaku sekalian , sabar ye. Saya akan meroger anda tidak lama lagi untuk beronggeng bersama sama. HAHAHA. Excited ni :)

#MAMA saya pesan jangan keluar dengan lelaki tidak dikenali. Hiw hiw. Saya ingat pesan MAMA. So saya elakkan daripada berjumpa dengan lelaki. Single lagipun. :)












4 comments:

  1. haa..ingat pesan mak,jangan keluar ngan laki tak dikenali..bahaye..hee~

    ReplyDelete
  2. Hee. Mestilah ingat :) Dan akan sentiasa ingat

    ReplyDelete