PENGHARAPAN

Assalamualaikum

Maaf ! Kali ini entry aku lebih jiwang dari sebelumnya. Kepada yang tak suka , aku ucapkan maaf buat yang kedua kalinya.


Kepada yang berkaitan. Entry ini untuk awak.

Awak baru kenal saya dan begitu juga saya. Jujur saya katakan , saya memerlukan jangka masa yang panjang untuk mengenali sesorang. Soal selidik itu penting bagi saya. Kisah silamnya itu perlu bagi saya mendalami supaya saya lebih berhati hati. Sedangkan kawan pun saya pilih , inikan pulak yang istimewa. 

Memang awak baik. Awak bagi macam macam kat saya. Penghargaan patut saya anugerahkan pada awak. Sebab jarang untuk saya jumpa lagi yang begitu romantik seperti awak di muka bumi ini. Terima kasih.

Awak terlalu mengharap dengan saya. Mungkin awak salah faham dengan niat baik saya yang hanya mahu berkawan. Jujur saya katakan , saya tidak bersedia dengan perhubungan yang terikat dengan seseorang yang memerlukan perhatian yang lebih. Bagi saya ianya akan merimaskan saya dan memeritakan perasaan saya. Itu semua adalah disebabkan kisah saya yang terdahulu.



Dulu saya punya insan yang istimewa. Sayang saya pada dia melebihi segalanya tapi apa yang berlaku die mencurangi saya di belakang. Mungkin salah saya. Bukan saya yang terbaik untuknya. Saya lepaskan die kerana saya tidak mahu memanjangkan cerita. Kerana saya tahu tiada apa boleh kita buat kalau seandainya die sudah ade yang lain. Saya tidak boleh memaksanya untuk jadi hak saya yang satu sebab die mempunyai keluarga dan agama. Lagipun saya dengannya bukannya suami isteri yang mempunyai ikatan yang sah. Sudah tentu tidak perlu rasanya bagi saya untuk mengongkongnya. Cukup sekadar mendoakan kebahagiaannya. :)

Sekarang , maafkan saya membuatkan awak begitu berharap dan tertunggu dengan keputusan saya. Yang mampu saya katakan , saya tidak bersedia untuk semua itu. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Yang pasti , mesti ada yang menunggu. Saya menganggap awak cuma kawan dan tak lebih dari itu. Awak adalah kawan yang terbaik pernah saya ada. 

Yang istimewa di hati saya buat selama lamanya adalah Allah swt




2 comments: