Doa dari anakmu (2 dalam 1)

Assalamualaikum 
Cari lelaki yang ikhlas buang masanya & kosongkan koceknya untuk berhabis membeli kertas, gam, manik & marker pen untuk membuat kad khas buat kamu. Manakala bunga & coklat menjadi pelengkap untuk kad itu. Cinta terletak pada usaha & keikhlasan, bukan harta benda atau rupa. :)



Gambor tanpa sekelumit make up mahupun eyeliner. Aduii. Mata itu kenapa? Ini gambor takde edit edit. Aku kalau dah malas , semua bende tak jalan. 

Sweet tak quotes di atas? Saya nak macam tu boleh even saya mana pernha suka mamat jiwang tapi saya rasa sweet bila ada mamat yang sanggup buat macam tu kat minah yang dia sayang. Kalau nak lagik rare , karang takde siapa yang sanggup nak buat. Ada ke yang sanggup pakai spender dekat luar? Alah ala ala macam SUPERMAN? Memang takde lah jawabnya. Sebab ada ke gentleman sampai gituh sekali. Hah nanti hamik kaww , keluar semua jenama panties. Renoma la , hush puppies lah apalah. 




 Bad quality gilalah phone aku. Phone cikai je memang la. Kalau BERAKBERRY harap je mahal tapi quality gambar dia tak ngam langsung. Sama je macam Nokia aku tuh. Sony je okay sikit. Kau nampak tak apa kerja aku kat rumah? HAHA. Main CS dan mendota dota dengan cousin aku. Aku dah macam jantan main itu semua game. Sampai notebook adik aku , aku guna. Fb aku sentiasa lah on. Bedsheet untuk katil aku pun , aku tak pasang lagik. Kemain pemalasnya anak dara ni. Sesiapa jangan datang pinang aku selagi aku tak rajin dalam semua hal. Ingat tuh.

Sebenarnya apa yang aku nak ceritain? 

Abah saya masuk Hospital. Dia sakit dan demam. Kaki dia bengkak sebab jatuh dari motor. Bengkak kemain besar kat lutut. Oh saya dah pernah rasa semua itu. Takkan boleh berjalan kalau bengkak di lutut. Dan saya takkan pernah nak ke hospital makan bende yang erghhh sangatlah tak sedap. Tapi mujurlah doktor ramai hensem , dapat lah di kenyit2 kan mataku ini. Oh tetiba rindu pada doktor yang pernah merawatku sebelum ini. Tapi aku benci kalau dia kejut aku tidur tetengah malam semata mata nak check aku. 

Oh Tadi pun masa abah nak pergi klinik , mujur ada pakcu tolong dukungkan. Nasib abah tu cekeding , dan bolehlah diangkatkan. Tapi kesian la. Okay dapat duit belanja. Apebende aku nak masak esok. Adik adik aku redha je la apa yang bakal kakakmu ini akan masak. Sedap tak sedap belakang cerita ye. Tapi selalunya sedap. HAHA. Puji diri sendiri. Tomyam lah esok. Favourite aku lah semuanya makan. Lalalalalala

Esok nak ikut pergi hospital tapi adik adik aku siapa nak jagakan? Alorr. 

Takpelah. Doa dari anak pun takpe kan? Awak semua pun boleh doakan supaya abah saya cepat sembuh :)
Terima kasih. Saya sangat menghargainya 

Wassalam

No comments:

Post a Comment