Jiwang memalam

Assalamualaikum

Orang sibuk berstudy aku sibuk nak mengupdate post baru. Bosan aku bukak buku ni. Huhu. Terserlah gila kemalasan aku. Haih haih.

Nak tengok gambar aku gerak gerak tak? HAHA. Bosan aku buat natey ni. Nah nah ! Jyeahhhh!!


Semoga die bergerak lah. Miahahaha. 


Aku nak boipren macam ni. Boleh tak ? Tak kira! Boleh jugak. Eh eh.

  • Muka tak payah nak market sangat. Nanti aku jealous payah. Aku kuat jeles sikit. Tapi jangan carik muka macam pengganas. 
  • Kalau keluar sesama , dia keluarkan duit belanja makan. Jangan aku yang keluarkan duit. Eh buat malu je lelaki minta duit kat perempuan. Aku selalu kena kot. Haih. 
  • Mesti ikut turutan ni kalau nak belanja aku makan. Mula mula McD -> PizzaHut -> Secret Recipe -> A&W. Jangan nak belanja aku Mamak. Aku geli lah. Kalau kedai biasa pun takpelah. Pilih kedai yang bersih sikit. Tapi yang tetap kau belanja.
  • Kalau kau merokok jangan mengada minta duit kat aku suruh beli rokok. Kau nak mampus cepat , pergi beli pakai duit kau.
  • Selalu topupkan aku. Sebab aku malas nak pergi kedai topup. Itu kalau kat rumah. Tapi kalau kat poli , aku asyik topup je. -,-
  • Mesti bagi password fb kau kat aku. Senang aku nak check kau chatting dengan siapa. Biar aku unfriend terus perempuan tuh dari kau.
  • Kalau keluar dengan aku sila selalu pakai baju purple , putih , hitam dengan biru. Pastikan sedondon. Oh sila jangan pakai selipar jamban. Aku cepuk kau kang. Kau bukan nak pergi menjambankan diri dengan aku eah.
  • Pastikan sentiasa pakai jam. Aku tak suka lelaki tak pakai jam. Sebab aku tak pernah tinggalkan jam aku walau di mana aku berada.
  • Kalau kat fb , jangan mengada ngada nak wall to wall dengan aku. Kau ingat sweet lah nak cenggitu. IM sudah. Lagi private okay. Tak payah nak show off depan orang. 
  • Kalau boleh bila nak date , sila buat appointment awal awal. Sebab aku memang jarang nak suka ngedate dengan lelaki. Baik aku duduk rumah tidur or keluar dengan kawan perempuan. Much better kan. 
  • Kalau aku tak reply text kau , sila call aku supaya aku perasan kau dah reply message aku. Hiw hiw.
  • Setiap malam kena selalu call aku sebelum tidur. And setiap pagi kena kejutkan aku bangun pagi sebab alarm aku sentiasa tidak berguna bagi aku. Aku dengar then aku off.
  • Aku nak boipren macam firhaein. Miahahah. Okay aku berangan.
  • Aku nak kau selalu hadiahkan aku shawl setiap minggu. And belikan aku skirt. Oh kali ni aku nak skirt colour merah. Carikkan carikkan!
  • Aku takkisah lah kau tinggi ke rendah dari aku. Lantak lah orang cakap ape kalau kau endah dari aku. Murah rezeki bak kata cikgu aku. Murah rezeki dengan anak aku rasa. HAHA
  • Kau jangan nak gedik gedik nak kongkong aku keluar dengan sesiapa. Suka hati aku lah kan.Aku bukan bini kau. Jangan nak jadi KING CONTROL. Kalau nak jadi cenggitu baik kau pinang aku awal awal. 
  • Kalau nak jadi boipren aku sila belikan aku 1 set SKII. Miahahahaha. 
  • Kena terima aku ni SUPERBOROS , SUPERSHOPPING , SUPERJALAN. 
  • Kalau kau mencarut apa apa dekat kau , kau boleh jalan cari awek lain. 
  • Kau kurang ajar dengan aku , aku 2 kali ganda kurang ajar dengan kau. 
  • Oh jangan lupa. Kena minat Superman dengan aku. Baru geng gitu.
  • Bila aku dengan family aku , please jangan kacau. Nanti aku adalah masa untuk kau.
  • Kalau aku text pendek pendek tu maknanya aku bosan. So please cheer me up. 
  • Kalau aku tunjuk barang yang aku suka , sila belikan. 
  • Jangan nak tunjuk kau bagus dengan carik gadoh dengan orang. Nanti aku yang belasah kau dulu. Nak jadi taiko pergi join gangster sana nun.  
  • Jangan kau nak carik minah lain. Aku takkan maki minah tu tapi aku carik orang lain gantikan kau. Aku takkan terhegeh hegeh kat lelaki macam kau.
  • Kalau aku cerita , tolong dengar je even kau bosan.


Sesungguhnya saya bukan lah seorang yang materialistic. Kadang kadang aku saje jer cakap dengan member member aku "Nak carik boipren kayalah" "Nak yang hensemlah" and macam macam lagi. Hiw hiw. Aku memain je okay. Aku nak yang cool and tak semakkan kepala aku. Yang tak bosan dengan aku and tak pernah nak ungkit ungkit aku gini lah gitulah. Kang aku cepuk sampai kau mampos. Kau nak ungkit pergi carik betina lain. Kalau kau jealous sangat dengan aku , silalah jumpa bapak aku awal awal. Kalau boleh jangan nak kenyit kenyit mata dengan orang lain , kang aku pulak yang kenyit mata dengan orang lain depan kau. 

Kalau boleh nak carik orang yang boleh terima aku macam mana aku terima dia. Sebab aku banyak kali sakit hati. Kalau boleh jangan nak sakitkan hati aku lagi dengan perkataan yang sebelum ni aku pernah kena and jangan lepas ni ada yang pernah curang dengan aku. Kalau kau boipren orang , silalah mengaku awal awal. Aku tak nak sakitkan hati orang and orang tu benci aku. Tolong jangan buat baik dengan aku. Sila jauhkan diri kau dari aku.  Aku tak nak kau mewahkan dengan aku dengan duit dan harta Cukuplah setakat kau temankan aku setakat yang kau mampu. Kalau jodoh tak panjang , aku terima. Tapi yang terbaik mungkin dengan orang lain.

Dulu aku pernah sakit hati. Sekarang aku tak nak. Aku nak ceria boleh kan? Aku tak nak hilang kawan yang aku ada. Tanpa diorang siapalah aku. Biar hilang boipren tapi janganlah hilang kawan mahupun keluarga tercinta. Boipren tak semestinya akan jadi suami kan? Kalau boleh aku nak abah carikkan jodoh aku sebagaimana Ma dengan Abah dulu. Sentiasa bahagia sampai hari ini. Kalau boleh aku nak ada yang sayang aku ikhlas dan jujur. Kalau boleh kau lah jadi pendorong aku nak belajar , bukannya penghancur. Kalau boleh janganlah konkong dengan secara melampau dan terlampau , nanti caci maki yang kau dapat dari aku. Kalau boleh kau sentiasa untuk aku bila aku perlukan kau. 

Aku akan setia bila kau setia dengan aku. Aku akan jujur bila kau jujur dengan aku. Aku akan baik bila kau baik dengan aku. Dan aku pegang kata kata "PEREMPUAN YANG BAIK HANYA UNTUK LELAKI YANG BAIK DAN PEREMPUAN YANG JAHAT UTUK LELAKI YANG JAHAT". Dan aku dikategorikan yang mana 1?

Aku dah kenapa memalam ni? Haih haih. Ini akibat membaca buku yang terlampau boring. Oh demmit. Dulu aku ganas. Tak main lah jiwang jiwang. Then sekarang aku rasa aku dah ke arah keperempuanan. Eh jangan gelak. K lah k lah. Nak sambung study. Kbai :)





2 comments: