Kalau boleh ganti dengan aku

Assalamualaikum

Nama dia Mat Arif Shah Bin Abdul Rahman. Tahun ni dia berumur 43 tahun. Lahir pada 5 September 1968. Anak sulung kepada 6 orang adik beradik. Suami kepada Rahmah Binti Yusof dan bapa kepada tiga orang cahaya mata. Dia seorang yang pendiam dan sekiranya tegas , dia akan tegas. 

Hari tu Abah datang dengan Pak Ngah jemput aku dari Poli. Dia ada tunjuk kaki dia bengkak dekat Pak Ngah sebab jatuh dari moto. Then pada esoknya Abah demam tak kebah kebah. Lama sangat dia terbaring dan tak bangun. Akibat kaki yang bengkak tu abah tak boleh berjalan. And then Pak Ngah bawa abah pergi klinik. Then orang klinik kata demamnya tinggi. Suruh hantar hospital. 


Ini hospitalnya. For the rest of my life , ini first time aku jejak kaki kat hospital ni. Oh hospital baru bina so aku tak tahu sangat location nya kat mana. Selalu aku pergi hospital jelebu dan hospital Kuala Pilah. Takpun Hospital Seremban. Oh hospital ni sangat lah sunyi. 


Ini wad abah ditempatkan. Siapa nak datang lawat , silalah datang. Masa ni ramai sedara mara datang turun tengok abah. Even yang jauh pun datang. Terima kasih semuanya. Saya nak datang sendiri saya tak tahu jalan. Mengharapkan pakcik makcik bawa saya ke sana. 




Abah , abah. Abah sihat cepat ye. Jangan lah baring lagi. Siapa nak menyakat kaklong lagi. Siapa nak itu ini dengn kaklong lagi. Janganlah senyap macam tu je. Abah sihat ye. Abah jangan sakit lagi. Kalau boleh jangan sakit lagi. 

Tadi ma bagitau abah kene pindah hospital sebab abah ada komplikasi jantung. Hmm. Aku dapat tahu then terus lari kat dapur nangis sorang sorang. Aku ada abah sorang je. Aku tahu dia Abah yang penyayang dan baik even kadang kadang dia garang. Tadi kaklong dengar suara ma masa call tadi , kaklong tahu ma nangis. Kaklong nak abah baik cepat. 

Abah makanlah ubat , makanlah nasi supaya cepat sembuh. Kalau boleh ganti semua sakit tu kat kaklong. Kaklong nak abah sihat walafiat sentiasa. Jangan pernah sakit lagi. Nanti siapa yang nak pertahankan kaklong kalau kaklong ada masalah. Kaklong takde lelaki lain melainkan abah sorang yang berani nak buat semua tu untuk kaklong. Abah SUPERHERO bagi kaklong. Tiada yang lainnya. 

Abah sembuh cepat ye :")

Ya ALLAH
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang telah menjadi sebahagian hidupku
Seorang lelaki yang telah mengajarkanku bagaimana mencintaiMu
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa setelah solatku
Seorang lelaki yang meletakkan namaku dalam lantunan doanya untukMu
Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuku, Ibu, adik-adikku, dan untukMu
Seorang lelaki yang selalu menasehatiku untuk membakar kelemahan dan kekuranganku
Seorang lelaki yang membutuhkan senyumku untuk mengatasi sedihnya
Seorang lelaki yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang menjadi pemimpinku di saat aku kehilangan arah
Seorang lelaki yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya
Seorang lelaki yang selalu mengingatkanku akan mimpi besarku
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku
Seorang lelaki yang ku ingin untuk mendampingiku menuju JannahMu
Dan aku berdoa untuknya
Berikanlah kekuatan kepadanya untuk melewati cobaanMu, agar ia mampu bangkit tiap kali badai menerpa
Berikanlah ia kehidupan yang mulia, sehingga ia dapat memuliakanMu
Berikanlah ia hati yang senantiasa ikhlas dan kuat menerima amanah-amanahMu
Berikanlah ia dada yang lapang, sehingga ia dapat sabar dalam mendidik anak titipan dari Mu
Berikanlah ia umur yang berkah, sehinga tiap detik waktunya tak sia-sia di mata Mu

“Allah  tidak  membebani  seseorang  melainkan  sesuai  dengan  kesanggupannya.  Ia mendapat  pahala  (dari  kebajikan)  yang  diusahakannya  dan  ia  mendapat  siksa  (dari kejahatan)  yang  dikerjakannya.  (Mereka  berdoa)  :”Ya  Tuhan  kami,  janganlah  Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau berikan kepada orang- orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampuni kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.”(QS. Al-baqarah : 286)
“Apabila  seorang  anak  Adam  meninggal  dunia,  maka  amalnnya  terputus,  kecuali  3 macam,  yaitu  : harta  yang  diwakafkan,  ilmu  yang bermanfaat, atau anak solehah yang mendoakan dirinya” (HR Muslim)
Ya Allah. Jadikanlah aku anak yang solehah, sehingga aku dapat menjadi pembuka gerbang surga untuknya. Ya Allah. Lindungilah orang yang kucintai dan mencintaiku dengan cintaMu.
Amin amin ya rabbal alamin

Doakan untuk abah saya ye. Doa sesama Muslim itu dah cukup. Terima kasih :)



4 comments: