Kalau dah nampak apa lagi?

Assalamualaikum

Semua heboh pasal rantai Owl tu. Yelah yelah. Nanti aku buang lah. Heboh sangat. Kalau ada yang tegur tu terima je lah. Di nak kita perbetulkan dan menuju jalan yang benar. Takut umat muslim tersesat. Dia sayangkan umat muslim itu tak salah ye adik abang kakak semua. Saya baru je buang ye. Terima kasih kerana memperingatkan.

Di malam yang indah serta sejuk ni , anda semua tahu kan pada malam ini berlakunya gerhana bulan. Semalam bulan cantik sangat sampai 5 minit aku pandang bulan tu. Subhanallah indah sangat.


Nah ambil segabak bulan. Hiw hiw. 

Tapi kalau dah tengok gerhana janganlah lupa solat sunat gerhana ye. Tak kiralah Gerhana bulan mahupun gerhana matahari. Hukumnya sunat yang amat digalakkan dan sunat medirikannya secara berjemaah. Solat sunat gerhana lebih senang dikenali dengan solat sunat kusuf atau khusuf. Sama je.

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah)

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Waktu Solat Gerhana
Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.


Kalau semua dah talking to the moon apa lagi , jalankanlah tanggungjawab anda sebagai seorang muslim dan muslimah yang sejati. Saya sekadar penyampai. Ilmu ini saya dapat daripada sumber yang ada. Jangan lupa ye :)

Assalamualaikum
(Menanti gerhana bulan)



No comments:

Post a Comment