Kesian campur dengan takut

Assalamualaikum

Saya budak dengan senyum sipu sipu. Result saya sedanag sedang saja. Tak mampu nak dapat AKJ. AKJ itu apa? Kalau budak poli tahu kan.Kebanyakan budak U tak tahu. AKJ tu sama dengan Dekan. Weewitt. Tahniah lah kepada sesiapa dapat AKJ ye. Saya cuma mampu lulus semua. Hee takde carry. Yeay yeay! Saya dah bayar yuran dah beli barang barang nak get ready balik PD. Semangat kan. Well. 18 hb saya balik PD tapi housemate semua balik 17. Sorry guys.

Back to the title. 

Ehem ehem. Semalam saya merempit pergi Pilah. Fuuyoohh. Gua lah Minah Rempit sejati. Dah ada lesen motor je , motor je lah gua bawak. Lain lah kalau ada lesen kereta ye tak. Sampai kat Jemapoh nampak kereta berderet deret. Eh ah eh ah. Apehal lak ni? Adik aku yang kat belakang memekak mekak aku bawak laju. Senyap sudah. Aku nak cepat gila. Dengan tidak semena mena dengan berbekalkan motor Xpai *FAHAM SENDIRI SUDAH, aku potong ikut belah kiri sambil lalalalala. Dan ada mamat mamat ni ikut aku. Ceh tiru lah tu. Eh eh senang tau kalau naik motor kalau jalan jammed. Hiw hiw.

Yahhhh! Sampai pon Hospital Pilah ni. Berjaya ku redahi sepanjang panjang kenderaan itu. Samapai memang time melawat lah kan. Aku dah pandai bajet masa sekarang. Dengan mengalahkan makcik itu naik tangga sebab hospital ni 1 tingkat je pon. Ada lif pun tak guna. HAHA. Aku sampai Wad 5 , salam ma salam abah. Cerita cerita. Abah tunjuk gambar kaki die lepas operation ke 2. Errr. Eeeeyeeekk. Itu ke Oh camni eah. 



Kenapa operation ke2? Bila pulak? Oh ni Jumaat lepas. Aku sendiri pun baru tahu semalam. Nurse tu bantai gonyoh kaki abah macam takde perasaan. Kaki tu kene cuci lembut lembut. Kalau tak dia jadi hitam and mati. Sengal punya nurse. Padan muka kene marah dengan doktor. Doktor pon buang daging yang hitam sebab nak bagi daging tu kekal merah. 

Dan aku baca baca diagnosis abah. Oh septic shock. So aku google kan ape bende alah tu. Okay tak faham. Tanya kawan apa bende alah tu. Okay faham sikit. Thanks Salam. Siapakah Salam? Oh dia member aku belajar medical. Bukan boyfriend , just kawan. Karang mampus kene sembelih dengan tunang dia.

Tapi tadi keluar jalan jalan. Beli ice blended time hari hujan. Jumpa kawan abah. Tahan macam polis trafik. Semua tanya pasal abah dah keluar ke belom. Oh belumlah acik. Abah ade operation tampal kulit kat kaki tu. Doktor ambil kulit kaki kiri tampal kaki kanan. 25 hb ni operationnya. 

Doakan semoga semuanya berjalan lancar ye :)

#Adik adik aku semua kene marah dengan aku hari ni. Berair air mata. Padan muka. Naik kan angin aku lagik. Tak dengar cakap lagik. Lalalal. Baru kau tahu aku ni Kaklong kau. Serius mood takde hari ni. 

2 comments: