Kisah jikalau anda seorang yang "PANAS"

Assalamualaikum.

Bermulanya kisah. Dengan menekan papan kekunci. Tup tap tup tap. Sambil memasukkan sebiji roti Gardenia berperisa Vanilla ke dalam rongga mulut dan mengunyah dengan penuh ghairah. Nyamm nyamm. 


Apabila anda melihat gambar ini , adakah anda terasa ingin menyepak mukanya. Aku yang tengok pon uhhh muka aku pulak. Muka mintak penampor. Bajet bibir seksi. Percayalah bibir aku memang tebal. Ini bukan Jolie dah. 

Disebabkan nak berkongsi anda berkenaan tentang hot. Hot di mana? Hot di facebook la. Disebabkan ramai pulak buat status pasal hot. Hot ke bebeyh? Kang aku bagi buntut panas , buntut panas. Lai lai lai. 

Sekiranya anda nak mejadi Hot , percayalah apa yang saya katakan ini. 

PERTAMA - Anda mestilah dress up kaww kaww punya. Nanti mesti ramai puji anda Nice lorh , Cantik gituwh , Buat tutorial please , Macammane nak pakai pusing pusing gituh. Konon ikut trend lah sangat. Biarlah kita ketinggalan zaman jangan kita di akhir zaman :)

KEDUA - Anda semua mestilah ada sebijik DSLR. Kalau tak , takde siapa nak puji korang semua cantik ke tak. Sebab dengan adanya natang tu , korang yang tak berapa nak hensem dan cantik tu akan dipuji nya cantik. Major nye ye and minor nye maybe ciput gituh.

KETIGA - Kalau boleh anda mestilah mempunyai couple. So buat lah sweet sampai mesti ada yang stalker semak gila. Percayalah stalker tersebut di kalangan rakan anda yang dengki. #ayat keling mintak hutang

KEEMPAT - Zaman sekarang ni kan maju. Ada media media yang boleh expose diri korang. So korang maju ke hadapan bersama Youtube. Nanti mana tahu boleh jadi macam MatLuthfi or AnwarHadi. Takpun korang buatlah blog macam aku ni. Nanti boleh jadi Maria Elena or Fatin Liyana. Padehal aku dah ada blog ni berkurun lamanya. -,-

KELIMA - Mengadakan photoshoot via kawan kawan sendiri. Contoh kalau member kau ada DSLR kan , korang mintak lah dia shoot gambar kau. Kau yang tak berapa nak model pun boleh jadi model bertauliah. Tangkap baring sana baring sini. Pakai payung rainbow. Hikhokhikhok.

KEENAM - Kau ajak la kengkawan kau hang out kat KL. Pergi lah Pavi , then snap gambor banyak banyak. Dalam wallet ada RM100. Then jangan upa dress up lelawo. Lepas tu jangan lupa uplad kat fb. Mesti ramai yang stalker dan like. Percayalah :)



Hai nama saya Ishraff. Saya sepupu baru si Amy ni. Oh saya tak suka dia sebab tu saya buat muka macamtu masa dia ambil gambar saya. Dia kata muka saya macam Aamir Khan. Hiw hiw

******
Ada lagi nak list out tapi aku malas nak tup tap tup tap. Tekan keyboard sayang :)

Ingatlah wahai semua. Anda glamer mana pun kain putih itu juga yang balut. Takde kain lain yang membalut tubuh anda. Tiada apa yang harus dipanaskan. Yang kita tahu NERAKA itu lagi panas. Ingatlah. 

Saya turut mengambil notaNya. Terima Kasih :)




No comments:

Post a Comment