Purple vs Merah. Suka hati aku la.

Assalamualaikum

Dimulakan dengan bismillah , diakhiri dengan alhamdulillah. Letih doe baru lepas kenduri even aku tak menolong sangat pun. Menolong memenuhkan kamera orang adalah. Weh weh. Aku jadi makngah kelas gituh hari ni. 

Semalam tunggu punya tunggu Makyong aku jemput kat PD akhirnya sampai jugak. Oh ramai menyesat carik rumah sewaku itu. Tapi nasib baik Pakyong tahu sebab dia pernah tinggal kat situ before this. Pukul 10.30 malam you all bertolak dari PD ke Seremban. 


Nah pada siapa tak puas hati aku selalu edit gambar tu. Hah okay. Ni muka aku sebenar. Sori beb phone camera aku tak lawa. Hah lepas ni semuanya aku tak edit. Aku jadi diri aku yang sebenar. Puas hati kau kan?

Okay malam tadi dalam perjalanan Makyong tanya nak pergi sekolah lelaki tu macam mana. Obviously sebenarnya kiteorang nak ke SDAR sebab Toktam aku tinggal sana dan kendurinya berlangsung kat sana. Hah nasib baik aku ingat jalan , kalau tak menyesat. Yelah pernah tinggal di sana pulak. Okay aku ikut signboard je sebenarnya dan disebabkan aku tak pakai spek mahupun lens terpaksa lah signboard tu aku tunggu dekat dulu baru boleh baca. Miahaha.

*********

For the first time aku mencerobohi asrama lelaki. Masyaallah. Cenggini rupanya asrama lelaki. Sumpah buruk. HAHA. Bersepah ya rabbi. Dah lah menyeramkan. Yelah anak orang kaya je duduk kat sekolah tu. Semuanya ada bibik kat rumah , mana nak reti kemas bilik sendiri. Dah la kipas dalam biliknya ada 2 je , itupun kipas apa entah nak panggil. Okay dah lama tak tidur kat katil double decker. Macam gayat la. Bak kata maklong aku ni asrama kat Birmingham sebabnya kiteorang kongsi bilik laki pempuan tak kira anak beranak siapa pun. Toilet pun kongsi jer tak kira lah pengantin lelaki ada ke tak. 


Okay biasalah budak duduk asrama kan , wajib kene conteng conteng kat tilam. Tapi yang curiousnya budak lelaki tulis nama siap in love lagik. Haihh gay ke mereka? Setahu aku ni sekolah semuanya lelaki. Ayatbunga bunga tak kira lagi. Aku senyum senyum je baca diorang punya tulis.


Oh pada malam ini angin bukan main kuat lagi dan masing masing tertipu dengan hantu nyanyi lagu Sedetik Lebih. Rupanya yang nyanyi Pakngah. Dia buat rehearsal untuk pengantin. Ingatkan hantau mana yang up to date sangat tu.

Dan

Temanya colour purple but aku jadi Makngah sekejap. Bukan main merah. Dah lah borrow bawal Shima. Aku tak bawak baju kurung lelawa pun kat Poli. Tak payah lawa sangat ke Poli , takde sesape pun nak tengok kan. Kecuali ada yang nak tengok lah kan.


Misi menemankan adik aku tengok arnab. Arnab tu gigit jari aku. Lapar sangat agaknya. Kesian tapi jari aku yang sakit. Hampeh.


Oh angah. Kulit dia bapak gelap dari aku. Miahaha. Sebab tu kengkawan dia panggil dia blackface. Dan dia tak handsome dan sangat dengkikan aku. Suka tarik rambut aku. Guna barang aku tak bagitau. -,-






Gambar gambar dia tas ni akibat bosan tak tahu nak buat apa selepas kenyang melantak ayam 5 ketul. Gambar gamabr ini ada dalam phone aku je. Gambar yang lain ada didalam memory makcikmakcikku. Yeah makcik makcik. Nanti tag kat amy. Itu lah kebiasaanya masing masing mengucapkan. Yelah semuanya ada facebook. Maju semuanya. 

Dan saya balik ke rumah dan esok akanku bertolak ke PD balik. Urghh malasnya. Malasnya. Miahaha. Siapa je yang rajin kan. Ulalalala.

Okay bubye. Esok kena bawa lesung batu balik PD. Susah nak masak takde lesung batu. Lesung batu pun boleh masuk dalam blog aku kan. Miahahaha. :) 


No comments:

Post a Comment