Teruskan teruskan. Anda boleh!

Assalamualaikum



Oh hari ni adik adik semua dapat result PMR kan. Tahniah kepada sesiapa yang dapat straight A's tu. Usaha anda membuahkan hasil lah. Bagus macam tu. Jangan jadi macam aku. Masa PMR akulah hantu segala hantu. Dalam kelas tidur je memanjang. Last minute baru buat revision , join macam macam. Last last 3 je A nya. Sedih tak dapat banggakan parents.

Tapi yang pasti aku tahu selagi aku tanam azam , tanam usaha dan sematkan semuanya dalam jiwa aku , aku masih boleh berjaya. Biar orang kata apa contohnya.


"Berapa A kau dapat?" 
"Alah sikitnya , aku dapat 8 A doe. Nanti aku nak update status kat fb pasal result aku"
"Alah sedihnya. A aku sikit jer. Nak update status kat fb la"

Janganlah jadi sebegini. Apa ada dengan laman sebegini. Ye saya tahu ada yang mengambil berat dan pastinya kau juga nak berkongsi dengan kengkawan kejayaan kau. Tapi apa salahnya kalau kita bersikap rendah diri. Jangan nanti PMR kau dapat flying colours and then SPM kau hancur. Ada jugak PMR dia hancur , SPM dia dapat flying colours. Setiap usaha mampu membuahkan kejayaan. 

PERCAYALAH :)

Kalau kau berazam untuk berjaya. Janganlah kau tanam azam macam kau tanam anggur. Kau tanam tapi kau lupa. Kalau gitu payahlah beb. Gua tak tahu nak cakap apa lagi. 



Tak kisahlah sama ada PMR mahupun SPM tak dapat result gempak macam budak budak star macam MRSM , SBP or whatever. Tapi yang pastinya kekadang diorang hanya banggakan budak yang dapat straight A je , budak yang ke bawah diorang sisihkan. Aku pun result tak gempak mana. PMR ke mana , SPM pun entah ke mana. Tapi aku tahu itu usaha aku dan itu yang dibuahkan oleh usaha aku. Aku bersyukur. Dan aku masih boleh berusaha selagi aku mampu. 

Budak pandai mana sekalipon kalau iman takde , solat entah ke mana , halal haram pun tak tahu baiklah tak payah. Biarlah kita pandai tahu tentang semuanya asalkan ilmu akhirat tidak ketinggalan. Aku taknak umat islam aku terjatuh terduduk . Aku sayangkan umat sesama islam. Insyaallah.

 Kepada sesiapa yang berjaya, aku ucapkan tahniah.Kepada yang kurang berjaya , anda masih ada masa. Buktikan yang anda boleh. Percayala. Dan jangan tinggalkan solat walau macam mana pun. :)

Assalamualaikum

3 comments:

  1. stuju..solat yang paling utama..tak berjaya di dunia tak bermakna kita tak berjaya di akhirat kan. kegagalan kite di dunia maybe satu daripada dugaan Allah untuk kite :)

    ReplyDelete
  2. Insyaallah. Kalau seandainya umat Islam masih sedar dirinya berada di mana , insyaallah umat islam akan semakin maju ke depan. Solat itu tiang agama. Kalau ditinggalkan , maka akan runtuhlah salah satu tiang tersebut. #note to myself :D

    ReplyDelete
  3. ahhhhaa.aku pon dalam klz pon membuta jugak woo.p kekadanglah kann

    ReplyDelete