Kalau boleh ini dikategorikan kisah New Year :)

Assalamualaikum

Nak juga buat kisah new year. Oh saya dah 19 ke? Eh belum lagi selagi saya tarikhnya belum 1 Oktober. Oh 18 ni. Hiw hiw. Sudah taknak mengaku. Apa kisah new year aku? Adakah sama seperti anda semua? Mari kita baca dan lihat. Mungkin sama dan mungkin tidak.

Sejak aku duduk rumah sewa ni memanjang kaki ni nak merayau je. Ada tahi lalat kat kaki , so of course la kaki rayap aku ni.

HAHA. Sesungguhnya aku tak percaya aku gerak pergi JPJ dengan selekeh gila dan tak sangakanya. JPJ seremban pulak tu. Oh terjumpa ramai budak poli pulak. Dah la lupa jalan nak ke JPJ tu. Nasib ada orang beritahu ke mana.



Maaf anun , maaf shima. Aku masukkan ini. Hiw hiw. Kelakar kelakar. Muka menyott :D


Sebelum new year tu hari hari pergi pantai. Ngantuk je aku tengok air tu. Mandi sekali je la. Dan terpaksa nampak aksi yang agak tidak senonoh di area pantai tu. Oh gambar? Sensored sikit.

Ada sekali malam tu kiteorang keluar pergi karaoke , then berhenti kat Teluk Kemang sebab macam ada bende je kan. So berhenti la. Oh ada konsert rupanya. Artis tak best pun. Yang datang Nash je aku kenal.



Duduk depan sekali ni sampai si Shima kene pergi naik atas stage sebab Roslan Shah tarik dia. Wakaka Waklu. Abang askar tu gatal. Errr. 

Dan keesokannya kami memulakan perjalanan ke JJ S2. Siapa je tak tahu sana. Gerak tegahari then parking penuh. Apa pun tak boleh. Pusing sana pusing sini. Kesian si Shima kene drive. Takpe takpe. Tunggu aku ada lesen dulu ye.


Aku conquer sorang sorang. Kihkih. Jangan marah ye semua :)




Oh gemok gila. Diet diet. Errr -,-
Disebabkan kiteorang jadi kaya balik dan akan miskin balik , shopping gila menyakan semuanya. Kaya dengan duit pinjam. Biasalah. Siapa yang tak pernah buat kan. Sepatutnya ni gegurl je tapi ada pulak boboy datang JJ jugak. Ish last last ajak main bowling sesama. 

Okay fine la aku yang loser gila. HAHA. Lane tak best woo. Jom kat Seremban Parade. Boleh challenge ke tak nanti. Bapak berlagak . Booo.



Menunggu sambil buat mesyuarat tak rasmi. Hiw hiw. Bosan dok menunggu lane kosong. Ramai pulak menggila datang JJ. Selalunya lane kosong je memanjang. Haiyoo. 

Dan dan seterusnya menyambut New Year kat Teluk Kemang yang tak best mana pun. Tapi aku berpoco poco lah atas stage tu. Sporting tak? Kihkih. 


Beli seluar slack cikai cikai je untuk bengkel . Huhu. Latak la ada poket ke apa ke. Jeans ke apa ke. Suka hati aku la. Miahaha. Tapi tadi okay je. Takde pun memarah ke apa. 


First time pakai baju bengkel. Weewittt. Beli terus pakai ni. Basic Survey ni mehitamkan kulit aku je. Panas weh panas weh. Nasib aku tak ambil Civil Engineering. Ni pun belajar basic dah letih. Sem3 ada IBS. Katanya susah. Okay aku tak tahu apa jadah tu.

ari ni hari malang. Bangun tidur lambat . Pergi kelas tak boleh parking dalam , lepas tu masuk kelas lambat. Balik rumah kunci tertinggal dalam rumah. Nasib ada Engku tolong capaikan kunci yang bukan main jauh lagi. Haih haih. Apalah nasib. Datang kelas survey tadi pon lambat. Tapi nasib kiteorang main celah je parking dalam. Mampus la. Kalau kene saman sama samalah ye.

Okay la. Say bye bye

Ini cerita New Year saya. Anda?

p/s : Kenapa esok kene ada kelas design. Oh malasnya. Takpe akanku pilih antara Gapo dengan Faiz Juha. Yang mana satu idaman hati kekanda? Faiz Juha hensem tapi dia tak banyak achievement  macam Gapo. Oh tersepit antara 2. Semalam tengok Ombak Rindu yang gila bosan. Mengantuk je aku tengok. Tertidur 2 kali pulak.  Baca novel lagi best :D










No comments:

Post a Comment