Untuk K je :)

Assalamualaikum.

Kalau orang lain boleh tengok Ombak Rindu menangis nangis , aku tengok Ombak Rindu tertidur. So boring. Boo sama Ombak Rindu. Lain dol dengan jalan cerita dalam novel even novel tu dah bertahun aku baca. Lagi best aku tengok cerita Tentang Dhia. Menangis bhai sambil lipat kain. Nampak sangat aku tak update langsung. Cerita zaman tok kala Adam. Maaflah. Aku baru nak rajin update ni. 

Sebenarnya aku tak tahu nak post pasal apa? Entah. Oh pasal semuanya tanya aku bila nak ada boyfriend. Aku cepuk sesekor tahu la. Dah aku tak berkenan nak buat macam mana. Perangai pun tak serupa orang. Ini nak buat jadi boyfriend? Takde masa depan la. 

Asal aku kata takde boyfriend je , semua kata aku memilih. Ape ni dol? Aku bukan memilih harta rupa mahupun bangsa. Ecewahhh. Aku memilih budi pekertinya. Walaupun aku tak baik mana sangatlah kan. Yang penting... Dia mestilah ada suara roarr roarr. Garau lah. Nanti baru orang takut sikit. Kalau suara macam Donald Duck , suara aku pun dah boleh.


Di sini ada tertulis satu Note untuk Si Dia. Jangan percaya sangat la. Apa yangaku tulis cuma " Aku nak Cheese Cake" . Ngidam pulak. Oreo Cheese kat PD tak sedap.  -.-


Dia dah ada yang punya. Saya? Entah adalah nanti kan. :P


Dulu..

Saya cuma perlukan teman teman untuk mengisi hati saya yang lapang. Saya tahu andai saya mengharapkan Si Dia , saya takkan dapat apa apa. Cuma dapat saya buat , doakan yang terbaik untuknya. Dulu si K pernah janji itu ini , buat itu ini untuk aku . Tapi salah aku curang dibelakang. Kini aku sendiri yang terkena. Baru aku tahu yang roda itu sentiasa berpusing. Maaf K , i can't accepted you anymore cause you're the best ever i had. 

Dear K : U have been with me almost 2 and half years. Saya melampau kan. Saya tipu itu ini. Tapi sudahlah ye. Cukup awak sebagai kawan yang terbaik pernah saya ada. Cukup rimas bila ada orang kata itu ini pasal awak. Cukup rimas ada orang stalker kita. Cukup rimas awak kongkong saya. Saya nak buat itu ini terbatas. Biarkan saya bebas. Awak cuma kawan saya dan bukannya istimewa di hati saya lagi. Semuanya dah berlalu K. Saya doakan yang terbaik dalam hidup awak. Terima kasih atas kasih sayang awak , jasa baik awak. Tak terbalas untuk saya semua itu. Sampaikan salam saya pada Mama Papa awak ye. Mereka ibu bapa yang baik pernah saya jumpa. :)

Saya ingat janji awak. 

" I takkan biarkan u dengan sesiapa pun melainkan i sorang. You're the one. The one and only i have. Selagi u single , makanya i pun single. I akan tunggu u sampai bila2. I sayangkan u sampai bila2. U akan sayang i sampai bila2 kan?"

K , kadang kadang awak terlalu baik bagi saya dan kadang kadang awak merimaskan saya. Entah tak tahu. Awak dah cukup sempurna di mata orang lain dan begitu juga saya. Cari orang lain ye K. Maaf itu datang dari lubuk hati saya. Saya tak suka berpaling ke belakang balik. Itu prinsip saya. Awak pun tahu kan.


Okay lupakan kisah lama dan hidup aku sentiasa ceria. Tak mahu sedih lagi. Dia gembira , aku juga gembira. Dia ada ketika aku ada masalah. Macam tahu tahu je. Kenapa bila aku sedih , kau selalu call aku. Even dah takde apa. Thanks. 

Bye bye. 

1. Aku lupa esok ada Koko , ada assignment Koko dow..
2. Design rare gila. Mampus tak tidur 2 hari.
3. Proses kenal kenal.
4. Malas nak melawa pergi kelas sekarang. 
5. Ada orang stalker aku kat Poli. Macam perogol dow. 
6. Aku kekadang jiwang jugak. Maaflah kan.
7. Takut duduk rumah sewa sengsorang!!
8. Cirit makan McD PD. Cehhh.





No comments:

Post a Comment