Nak kongsi resepi. Sapa mahu? Kek tanpa microwave :P

Assalamualaikum and good evening. 

Hari ni ye tuan2 dan puan2 , saya akan berkongsikan resepi yang aku belajar dari orang lain. Ye orang lain. Which is GOOGLE. HAHAHAHA. Harapnya resepi ini akan membuatkan anda semua turut mencubanya.


#MOTIF GAMBAR? HAHA. Anda mestilah ketawa ye. 


First of all. Anda mestilah wangi , dah mandi , bersih daripada segala kotoran dalam proses pembuatan ini.Yeahh. Microwave tidak diperlukan ye anak2. Cuma perlunya sebijik REFRIGERATOR. Cukup berdedikasi. Yang penting kau ada ? Oh kalau bahasa kampung PETI SEJUK. Malangnya siapa yang rumah sewanya tiada bende ni. Kebanyakkan di Taman Poli. Susah nak dapat air sejuk. So sad.

Okay sedia ? Pakai apron. Membuak2 sekarang pakai apron kat dapur dah ala2 macam MasterChef . Ada Chef Adu , Chef Jo and Chef apa entah.  Tak ingat. Hehehe.

Bermulanya satu eksperimen. Kenapa panggill eksperimen? Sebab aku sendiri tak tahu jadi ke tidak sebab aku sendiri tak pernah buat :P

Okay cabaran anda bermula dari sekarang. Ada bakat seperti Chef Adu? HAHA. Aduan anda boleh diterima oleh Chef Adu sahaja. Kihkihkih

--------------------------------------------------------------------------------------------

Okay serius.

BAHAN A 

250 gm biskut mudah hadam (MARIE / OREO)
125 gm mentega tanpa garam

BAHAN B

200 ml krim putar
250 gm krim keju
165 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon

BAHAN C

15 gm gelatin (PASTIKAN HALAL)
100 ml air
# Campurkan air dengan gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

TOPPING

Blueberry
Jus lemon
Gula kastor
Sedikit air - campur dengan sedikit gelatin 1/2 sudu kecil

CARA-CARA

1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk. Bayangkan orang paling kau tak suka. Miahaha. Sediakan loyang ye jangan lupa. Lepas tu alas dengan wrapping paper / kertas minyak supaya senang nak keluar nanti.

2. Cairkan mentega. Tuang mentega ke dalam bekas berisi biskut tadi. Kacau rata. Tekan adunan biskut ke dalam loyang sampai jadi rata dan padat. Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 30 minit untuk keraskan.

3. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu. Ketepikan

4. Pukul krim keju bersama gula dan jus lemon sehingga sebati. Lepas tu masukkan gelatin yang telah double boiler tadi dan gaul sehingga sebati.

5. Tuangkan bahan ini ke dalam bekas yang berisi krim putar tadi dan gaul rata dengan menggunaka whisk.

6. Keluarkan adunan biskut yang simpan dala peti ais tadi. Tuangkan adunan krim cheese ke atas adunan biskut. Sejukkan 2-3 jam.

7. Buat topping dengan campur bahan topping semua sekali , apabila telah mendidih tutup api. Sejukkan. Oh lupa jangan masak atas api ye. Buat guna kaedah double boiler. 

8. Lepas tu tuang atas cheese cake. DAN SIAP!






Dan inilah hasilnya. SUMBER DARI GOOGLE. Aku sebenarnya nak try tapi memanjang malasnya datang. Syaitan banyak kan. So tak boleh buat apa lah kan. Hiw hiw.
Dan pada anda semua , slamat mencuba eksperimen ini ye. SEMOGA BERJAYA :)

No comments:

Post a Comment