Wishlist harusnya awal.

Assalamualaikum

Aku nak buat wishlist untuk birthday akan datang. Walaupun lambat lagi , ada aku kisah. 

Tahun lepas dapat chocolate dengan teddy bear je. Wishes dari orang jangan cakap la. Bersepah2. 

Antaranya :


Ini! Ye ini! Pastikan dapatkan ini. Ye mesti. Semestinya. Angah dah dapat 1. Best je dapat free gitu. Aku yang kaklongnya tak dapat. Memang aku dengki la. Adidas pulak tu. Ori pulak tu. Kalau ciplak punya aku tak heran. Nak jugak :(


Yang ni bertahun2 mengidam takkan dapatnya. Eh manala tahu tahun ni dapat pulak. Pakai duit sendiri , hadiahkan kat diri sendiri. Achaner tu miee? Achenggitu la. HAHA


Bawa makan semestinya. Hehehehe. Perlu dan harusnya. Sangat sangat! AHAHHA. Ini ye ini ye. Oh sangat sedap. HAHA


Yang ini yang ini. Cantik kan kan. Hehehe. Jubah yang ada kat rumah semuanya dah singkat akibat aku meninggi. Itupun ada satu yang moyang belikan kat Makkah. Nak ! Sangat selesa bila menyarungkannya :)


Aku pastinya takkan pernah lupa akanNya. Dulu ingat lagi masa aku darjah 4 kot , Quran pertamaku dihadiahi oleh arwah atuk. Ingat masa tu , arwah atuk balut Quran tu dengan surat khabar. 

" Amy , ini untuk Amy"

Masa dapat tu tak expect langsung dapat Quran. Sangat tak sangka. Bukak2 , aku dapat Quran berwarna kuning. Tapi sekarang Quran tu ada kat tangan adik aku pulak. Tapi apa gunanya khatam Quran tapi diri sendiri tak tahu apa maksud di dalamnya. Nak tahu sangat dan aku sangat2 memerlukan Tafsir AlQuran dari orang yang pertama yang memberiku :)

Bila dah semakin dewasa, semakin matang pemikiranku. Taknak jadi kebudakan lagi. Lagipun aku memang akan matured pada certain2 masa . Immaturity bukan pilihanku lagi selepas ni. Ewahhhh


AHAHAHA. Aku nak jadi ustazah pilihan lepas ni :)

Insyaallah. 

Dah dah. Ini je apa yang aku nak untuk birthday aku akan datang bulan Oktober nanti. Tak baik kita meminta tapi berkeinginan tu apa salahnya :D

Wassalam



No comments:

Post a Comment