Food for Homeless

Assalamualaikum.

Kisahnya berlaku pada 30 Jun bersempena dengan hari Sabtu. Pagi2 dah naik bas dari rumah sebab nak kejar jumpa K.Aisya dengan suami dia. Jumpa kat Kuala Pilah kejap , bagi baju and then diorang hantar naik bas ke KL. Beria ria K.Aisya nak hantar sampai ke KL. Tapi bagi aku , tak payah susahkan orang lain. Apa salahnya kita berdikari sendiri.

Dalam bas tak putus2 text message dengan kawan aku. Oh sampai Central Market , aku ada kisah yang memalukan. Oh malu! Dengan warga asing pulak tu -,-" Nasib la tak kenal aku. Fuhhh

Akhirnya naik LRT ke KL Sentral. Akhirnya berjumpa la kami berempat iaitu Jeya , Tikah dan Intan. So pada mulanya beria si Intan ni kata nak pergi PWTC . Last2 tak jadi , kiteorang pergi TS. Pada mulanya nak tengok movie , last2 pergi theme park. 




Setelah kepala pening main macam2. So pergerakan kami diteruskan ke Bandar Tun Razak untuk ke MBM :)

Kaki jalan jalan . Penat penat sangat. HEHE.


Perancangan bagi menyambut hari lahir Kutu Hutan aka Abg Bob tetap diteruskan. Aku sempat tidur petang tu kejap . :) Pada malamnya semua macam cacing kepanasan . Semua tak duduk dia. Setengah jam awal kiteorang sambut birthday Abang Bob. HEHE. 


Dah sambut apa semua , kami bergerak untuk menjalankan tugas. Diberi taklimat oleh Peter yang beragama Islam. Bangga bila ada bangsa lain yang memeluk Islam :')





Kami bermula pada pukul 11.00 malam hingga ke 3 pagi. Sangat menarik dan dapat tahu macam mana kisah hidup mereka. Masih ada yang hidup daif daripada hidup kita sendiri. Kadang2 tak boleh salahkan 100% pada mereka , mungkin salah kita sendiri. Kita sendiri tak tahu kan. Yang saya tahu mereka jugak mausia biasa seperti kita. Apa yang boleh kita lakukan selain ini adalah doa yang terbaik untuk mereka :')

Sedihlaaaaaaaaa :')

Keesokan harinya kami balik. Ambil gambar kenangan. Mungkin ada jodoh kita berjumpa lagi. Insyaallah :)




Selamat tinggal dan semoga berjumpa akan datang :)





2 comments:

  1. sometimes we have to sacrifice ourselves to see others happy and tell their stories ;')

    ReplyDelete