Adik , tolong

Assalamualaikum

Haaa mesti dah kecoh pasal video yang couple seminggu janji macam2 tu kan. HAHA. Annoyed gila kan. Behave dik. Akak ni dah 20 tahun , tak pernah pulak nak buat video untuk tatapan ramai sebegitu sekali. Parody tu adalah. Awak tu masih muda dik . Jangan jatuhan air muka. Tak nafikan video tu sweet but sweet between u and ur bf.  And dik , akak nasihatkan jangan janji macam2 kepada sang lelaki selagi kita masih belum ikatan apa2. Ye memang la itu teman lelaki awak tapi jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Perempuan ada maruah dik. Jangan jatuhkan air muka kaum hawa ni dik. Cuba tengok sekarang apa dah jadi. Kan ramai dah beri komen macam2. Lagipun adik janji macam2 dengan dia. Dengan Allah adik ada janji macam tu ? Dengan ibu bapa ? Keluarga adik pula macamana? Adik kene ingat teman lelaki tu boleh pergi bila2 je . Adik nangis seminggu ke bertahun ke pasal kehilangan teman lelaki adik tu , tapi tak sama macam adik kehilangan teman lelaki adik. Ini adalah fakta. Berbakti kepada agama , keluarga  masyarakat dan negara dik.  

Selepas ini kepada masyarakat di luar sana , tidak perlula menonjolkan diri untuk menjadi tontonan ramai . Biarlah sesuatu perkara itu mejadi rahsia. Dan ingatlah yang maha kuasa.


No comments:

Post a Comment